Kadang-kadang
sukar bagi diri ini mentafsirkan
ketika bulan mengambang
di ufuk langit yang gelita
hanya bertemankan bintang
masih lagi diri ini
mengeluarkan tangisan berat
seperti sudah tiada makna
tangisan kosong
tangisan yang tiada diambil berat
oleh seorang insan
Sedangkan
situasi sudah kembali seperti sediakala
kembali seperti yang ditunggu
kembali seperti yang diharapkan
Tetapi mengapa
hati mengatakan
ada sesuatu tergelincir
dari landasannya
ada sesuatu yang menghilang
hilang entah ke mana
Diri ini dapat merasai
apa yang kosong di landasan itu
Tiada ungkapan
yang mampu merungkai
kekosongan itu
biarlah sanubari diri sahaja
yang mengetahui
Aku tahu apa yang ingin engkau nyatakan
Kerana diri ini sudah mengenali
luaran dan dalaman kekasihnya
selama 1 tahun dan 7 bulan
Tetapi berbekalkan
hanya dengan
kata-kata manismu
janji-janji utuhmu
yang akan aku tatap
setiap masa
setiap hari
setiap pagi sejurus mata dibuka
setiap malam sebelum dibuai lena
Hanya bekalan itu semua
yang menguatkan hati
yang telah koyak rabak
hancur lunyai
berkecai dihempas
Hanya bekalan itu semua
yang membisikkan pada nyawa
supaya tidak berputus asa
tidak berhenti menyintai
kekasih yang sedang membaca ini
Kerna aku tahu
engkaulah yang aku pinta
engkaulah yang aku mahu
untuk bersamaku
tidak kira tika gelap
mahupun siang .
No comments:
Post a Comment